Wednesday 4 July 2007

Pegawai Menari Gelek..?!!!

Salam..kembali lagi untuk entry edisi siasat yang terkini. Kes berlaku pada awal tahun ini, bila mana datang satu rombongan perniagaan dari Malaysia. Turut menyertai rombongan tersebut seorang janda yang boleh dikatakan menariklah, walaupun sudah berumur, tetapi masih mempunyai paras rupa yang menarik, dia dikatakan menjual produk kecantikan, jadi tidak mustahillah janda nih mempunyai perwatakan yang menarik.

Yang nak dijadikan kisahnya, bila ada janda ni, seorang pegawai ni pun mulalah memulakan langkahnya. Pegawai ini, dah berumah tangga, dah ada anak, dan yang kelakar nya, pegawai nih siap mengaku pada janda nih, yang dia ni masih bujang. BEnda ini, didengar sendiri oleh budak-budak mesir yang kebetulan berada semasa proses mengorat ni.

Pegawai ini, berkali-kali nak mengajak janda ni keluar, namun oleh sebab rombongan perniagaan ini kebanyakkan program mereka diuruskan oleh budak-budak mesir. Jadi, budak-budak mesir yang boleh mencium niat pegawai ni pun buatlah bermacam-macam alasan untuk menghalang. Namun, disebabkan kelicikan pegawai ni, akhirnya dia berjaya juga membawa keluar janda ni. Yang memalukannya masa pegawai ni keluar, dia turut membawa pembantu peribadi yang dipercayainya yang juga budak mesir.

Dikatakan pegawai ini membawa janda ini keluar ke hotel, yang ada tarian gelek dan tidak ketinggalan pembantu peribadinya tadi. Mereka juga dikatakan keluar sampai ke lewat pagi. namun,yang amat dikesalkan, pembantu peribadi pegawai ini tak buat apa-apa untuk menghalang pegawai ini, tapi turut menyertai. Tapi tak tahulah, kalau dia nak betulkan dari dalam, cuma edisisiasat tak nampak bagaimana cara untuk menegur mereka ini.

Itulah kisah pegawai di mesir ini, pegawai mana yg buat tu, biarlah disimpan menjadi rahsia. Yang penting jadikan tauladan untuk mereka yang bergelar pegawai untuk menjaga nama baik pegawai itu sendiri.

sekian entry untuk kali ini..jumpa lagi di lain masa

Tuesday 24 April 2007

Kekejaman pegawai...

Apakah fungsi sebenarnya pegawai-pegawai HEP negeri di Mesir nih? adakah nak bertumbuk dengan budak-budak?ataupun nak ugut budak2 dengan zakat?
menurut laporan ada budak-budak yang dipaksa untuk join program UMNO, kalau tak pegawai tak nak bagi peruntukan untuk buat program lain. Maka dengan berat hatinya mereka pun terpaksalah join program-program tersebut dengan tak ikhlas. Tu yang mcm tak best jer tuh.
Yang lebih dahsyat lagi, kalau program-program yang pegawai nih tak bagi tuh, ada mata-mata yang dihantar untuk amik nama sapa yang join program tersbut. KEsianlah pelajar-pelajar nih.. seolah-olah tiada kebebasan dikalangan mereka..apakah nilai kebebasan pelajar ini adalah zakat dan pinjaman yang diberikan? jikalau begitu, alangkah sedihnya pelajar-pelajar nih..dimanakah nilai kebebasan manusia yang ALlah taala bagi..bukankah harta adalah hak mutlak Allah SWT?
sama-sama kita renungi..........

Sunday 15 April 2007

Kursus Pembinaan Insan Terpelajar Kelas Pertama???

Kursus siri pertama yang diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ini telah dibuat pada 31 Mac hingga 2 April yang lalu. Tarikh tersebut yang pada asalnya merupakan tarikh asal untuk diadakan Bazar ASEAN di peringkat DMAK, telah diganti dengan program yang datang secara tiba-tiba dengan nama Kursus Pembinaan Insan Terpelajar Kelas Pertama. Kursus yang bermatlamat antaranya untuk memperkasakan potensi diri peserta sebagai pemimpin pada masa akan datang, menanamkan semangat patriotisme kepada negara di kalangan peserta serta memupuk kesedaran dikalangan generasi muda agar bersedia untuk membangunkan negara dan bangsa mengikut acuan Malaysia.

Pengisi-pengisi terdiri dari tenaga pengajar dan pentadbir IPT tempatan. Manakala peserta terdiri daripada pelajar-pelajar mesir yang baru sampai. Siapa yang tak tertarik bila disebut Insan Terpelajar Kelas Pertama, namun adakah insan terpelajar kelas pertama yang dimaksudkan itu adalah pelajar yang mempunyai jatidiri yang merdeka serta mempunyai pemikiran yang waras dalam menilai setiap aspek masalah yang berlaku.

Program yang menerapkan unsur percampuran antara lelaki dan perempuan ini, seolah-olah dikatakan cuba memecahkan benteng batas pergaulan perempuan dan lelaki yang berada di Mesir ini, mencampur adukkan lelaki dan perempuan dalam LDK yang dilaksanakan. Menurut laporan, sampai satu tahap seorang perempuan dikehendaki berhadapan dengan dua orang lelaki dan membuat beberapa aktiviti yang telah diarahkan.

Sejauhmana program ini berjaya membentuk insan terpelajar kelas pertama sangat mencurigakan. Rata-rata peserta yang pulang daripada kursus ini kelihatan seolah-olah ‘blur’ dan pening dengan pengisian yang diberikan.

Cuba kita nilai antara pengisian LDK yang dibentang dalam program tersebut :

LDK 3, Pendapat mengenai Cerita.

Asmah bercinta dengan Hashim. Suatu hari berlaku gempa bumi. Asmah dan Hashim terpisah. Asmah berada di pulau lain dan hashim berada di pulau lain yang jauh. Asmah sangat merindui Hashim, mengambil keputusan untuk mencari dan berjumpa Hashim. Asmah meminta tolong jiran-jiran, tetapi mereka tak mahu menolong. Asmah berjumpa dengan Chandran dan meminta tolong Chandran. Chandran bersetuju menolong Asmah dengan syarat Asmah mesti memberi upah dan bermalam dengan Chandran. Setelah berfikir panjang, akhirnya Asmah bersetuju. Chandran membawa Asmah menemui Hashim. Apabila Asmah bertemu Hashim, mereka melepas rindu masing-masing. Asmah menceritakan semua perkara yang berlaku. Hakim merasa sangat marah dan memutuskan hubungan mereka dengan secara serta merta. Asmah merasa sangat sedih dan terus bersedih akhirnya dia menghidap penyakit kronik dan meninggal dunia.

Persoalan : Siapakah yang bersalah?

Ini adalah diantara pengisian yang diberikan dalam kursus tersebut. Kalau kita nilai dengan akal yang waras, apakah yang dapat membentuk Insan Terpelajar Kelas Pertama dengan menceritakan kisah keterlanjuran seorang perempuan yang sanggup menyerahkan maruah diri semata-mata kerana seorang lelaki. Adakah pemikiran sebegini yang cuba diterapkan dikalangan mahasiswa. Seandainya pengisian sebegini yang diberikan, bagaimana kah kita dapat untuk membentuk kepimpinan dengan pengisian yang sebegini rupa. Dengan percampuran diantara lelaki dan perempuan yang terlampau, dan pengisian yang sebegini rupa, persoalan yang saya timbulkan semula kepada semua untuk difikirkan bersama.

Rupa-rupanya, tatkala semua orang sibuk membuat persiapan ber’bazar’, ada perancangan dari pihak-pihak tertentu untuk menyuntik pemikiran mahasiswa dengan perkara-perkara sebegini rupa. Apakah bazar itu satu cara untuk mengalih perhatian semua orang daripada perkara ini?sama-sama kita fikirkan bersama. ..pastikan diri anda mahupun rakan-rakan anda tidak dipengaruhi oleh pemikiran yang tidak elok ini, agar kebebasan pemikiran dan jatidiri kita tidak mudah dirobek atau dipengaruhi oleh pihak-pihak yang tidak sepatutnya…

Sekian sahaja laporan edisi siasat pada kali ini, bertemu kembali untuk kupasan isu-isu yang lebih menarik pada masa akan datang….

Majulah bloggers untuk negara…J

Thursday 12 April 2007

Pengerusi Boneka?!!!


Tersebar khabar angin tentang masalah dalaman terkini berkenaan Muntada Islam Hadhari Malaysia Mesir. Tidak selesai dengan masalah dalaman untuk pimpinan pada sesi yang lepas yang sehingga kini menjadi tanda tanya apakah puncanya, isu pada kali ini melihatkan perkara yang sama hampir berlaku dalam muntada. Pengerusi yang baru naik, zulfadli (atau bob) dikatakan pening dengan kerenah ajk-ajk muntada yang pelbagai ragam (umno, abim dll). Dia dikatakan sehingga kini tidak dapat memegang kunci pejabat muntada sungguhpun dia adalah pengerusi. Ajk-ajk dibawah dia dilihat lebih berkuasa dan mempunyai kemudahan untuk menggunakan pejabat berbanding dia..apa nak jadi dengan muntada ni pun tak tahu...

Berselindung Di sebalik Nama Piala JPMK


Baru-baru ini heboh dengan winter cup yang memang telah nyata dan jelas diadakan oleh NUMRAM. Semua orang dah tahu, jadi tiada masalah lah dalam perkara tersebut. Walaupun ada diantara beberapa pasukan yang menyertainya dengan terpaksa atas desakan dan ugutan pegawai negeri. Disebalik perkara tersebut, ada satu lagi agenda yang berjaya dibongkar oleh edisisiasat dalam Piala Pengarah JPMK yang diadakan baru-baru ini. Nadi UMNO berselindung disebalik nama Piala Pengarah JPMK untuk mengadakan tersebut. Adakah pihak Nadi UMNO terlalu terdesak untuk mencari sokongan pelajar hingga terpaksa menggunakan nama Piala Pengarah JPMK untuk mengadakan kejohanan tersebut. Bersama ini disertakan bukti yang boleh dipercayai untuk menjadi tatapan pengunjung semua. Sama-sama kita nilai....

Membongkar Kejahatan Manusia

Sebagai mahasiswa yang mempunyai akal dan fikiran dan waras, kita harus dididik untuk menilai dan mengkaji sesuatu perkara berlandaskan akal fikiran dan ilmu yang waras. Seharusnya mahasiswa tidak hanya menjadi boneka atau bahan mainan yang boleh dipermainkan dengan sewenang-wenangnya dengan hanya sogokan wang yang tidak seberapa nilainya ataupun habuan jawatan yang tiada tempatnya di sisi masyarakat. Nantikan kemunculan isu-isu menarik yang akan dibongkar yang akan membuka mata semua pihak supaya berfikir dengan lebih waras dan bijak....